Sumbangan Tamadun Indus

Sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun. Kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka akan menjadi panduan kepada generasi seterusnya untuk menghasilkan sebuah tamadun yang cemerlang.

Selain itu, tamadun ini sangat dikenali kerana perancangan bandarnya. Kemanpuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang deometri dan pembinaan. Pemahaman deometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamis dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikiti oleh jalan raya yang lurus. Disamping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan.Berasaskan perkara ini, kecermalangan perancangan badar dalam tamadun Indus, sebenarnya merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuandan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnyasama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Walau bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadunIndus dengan tamadun Mesopotamis, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.